MEMBINA
PERNIAGAAN
Adakah anda telah bersedia?
Mengapa
ingin memulakan perniagaan sendiri?
Diharap
bukan duit semata-mata yang menjadi ukuran..
Tetapi,
adalah untuk peningkatan diri..penglibatan dalam masyarakat melalui perniagaan
yang dijalankan dengan perhidmatan yang disediakan..
Dan..yang
paling utama, untuk kepuasan diri sendiri dalam memenuhi impian masing-masing.
Bersedia untuk Memberi Komitmen
Menceburi
bidang ini memerlukan tumpuan sepenuh perhatian dan komitmen dalam memastikan
segala modal, masa dan tenaga mendapat pulangan yang setimpal dan selaras
dengan pelan dan strategi yang telah dirancang untuk menjayakan perniagaan. Di
awal penubuhan perniagaan, komitmen seratus peratus harus diberikan dan mesti
mengambil bahagian dalam setiap aspek aktiviti di pusat anda. Hal ini kerana
pelanggan, bank, pembekal, dan agensi yang terlibat lebih selesa berurusan
sendiri dengan pengurus daripada staf.
Selain
itu, memulakan jadual yang telah dirancang bagi aktiviti harian kanak-kanak di
pusat anda adalah penting. Contohnya ,bermula pada awal pagi ,pukul berapakah anda harus menerima pelanggan yang membawa anak mereka ke pusat jagaan
,masa mandi ,sarapan ,masa pembelajaran ,makan tengah hari ,waktu tidur dan
sebagainya . pastikan setiap kali anda memulakan aktiviti tersebut dengan staf
yang terlibat . Selain itu , sediakan jadual harian yang lengkap dengan
bertulis dan ditampalkan di papan kenyataan yang senang untuk dilihat staf anda
sebagai panduan.
Kebiasaannya
,untuk memastikan pusat anda dapat
beroperasi sebaik mungkin , anda perlu memberikan komitmen dengan berada
di pusat anda bermula dari waktu pagi sehingga ia ditutup pada sebelah petang .
Mengikut pengalaman penulis, pengusaha
perlu berbuat begitu selama enam bulan yang pertama atau sehingga anda
yakin bahawa staf telah pun memahami setiap langkah ,masa ,aktiviti harian
serta bagaimanakah caranya untuk mereka berinteraksi dengan pelanggan iaitu kanak-kanak dan ibu bapa mereka .Senyuman dan wajah staf
yang ceria akan memberi kesan yang sangat positif bagi mewujudkan rasa yakin pelanggan iaitu ibu bapa yang ingin menghantar dan mengambil anak
mereka .
Pengetahuan dan pengalaman
Pengetahuan
dan pengalaman dalam bidang perniagaan ini
amat penting. Pengetahuan dan pengalaman biasanya didapati daripada
sistem pembelajaran yang telah anda lalui bermula daripada sistem persekolahan
sehingga ke peringkat pengajian tinggi ,melalui pembacaan ,internet ,menghadiri
kursus yang berkaitan atau pengalaman bekerja dalam bidang tersebut . Perkara
ini perlu ditekankan kerana pada awal perniagaan anda mempunyai sumber kewangan
dan masa yang terhad dan setiap sen wang yang dikeluarkan sewajarnya anda
mengharapkan pulangan yang setimpal .
Dalam konteks perniagaan tadika
,taska dan pusat penjagaan ,anda boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri di tempat anda
untuk mendapat garis panduan yang harus diikuti bagi penubuhan sebuah tadika
swasta . Kadangkala sesetengah jabatan pendidikan negeri juga ada menyediakan
kursus yang bersangkutan dengan pendidikan tadika yang perlu anda tahu . Ambil
peluang dengan mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus tersebut dari semasa ke
semasa . Selain itu , anda boleh menghubungi persatuan tadika Malaysia (sila
dail 103 bagi mendapatkan nombor telefon terkini persatuan tersebut)kerana
mereka juga ada menjalankan kursus mengenai tadika dari semasa ke semasa .
Bagi penubuhan taska atau pusat
jagaan ,langkah pertamanya anda perlu melawat jabatan kebajikan masyarakat
tempatan . Dari situ anda akan mendapat maklumat mengenai persatuan pengasuh negeri yang menjalankan kursus asas penjagaan kanak-kanak yang diwajibkan oleh
jabatan kebajikan masyarakat jika anda ingin membuka pusat jagaan atau taska.
Bertanggungjawab
Anda
mesti bersedia mengambil tanggungjawab
sebagai pengusaha perniagaan . Bank , pembekal ,pelanggan mengharapkan
dan membuat andaian anda adalah
pengusaha yang beretika serta mematuhi undang-undang yang diperuntukkan kepada perniagaan
tersebut. Ini bermakna anda perlu memberi perhatian yang teliti kepada
undang-undang seperti kontrak pembelian
premis atau sewa ,bayaran cukai ,undang-undang dan akta perniagaan atau
syarikat , undang-undang majlis tempatan ,jabatan bomba ,jabatan kesihatan
,jabatan pendidikan dan jabatan
kebajikan masyarakat . Anda perlu menyediakan tempat yang selamat untuk staf
dan kanak-kanak.
Masa
Untuk
berjaya dalam perniagaan ini memerlukan dedikasi ,ketekunan yang tidak berbelah
bahagi dan mempunyai etika bekerja yang berdisiplin. Secara umumnya anda perlu bekerja selama 70
jam sehingga 90 ham seminggu ( lebih kurang 11 jam sehingga 15 jam sehari)
terutamanya pada awal penubuhan perniagaan sehingga sekurang-kurangnya pada
tahun pertama.
Walaupun
anda tidak menghabiskan masa tersebut di premis perniagaan, ia mungkin
melibatkan anda bekerja di rumah, atau di mana sahaja yang membolehkan anda
membuat perancangan, mengemas kini
akaun, menjalankan strategi pemasaran, menemui pembekal, perbincangan
dengan akauntan, berurusan dengan agensi yang terlibat dan banyak lagi. Pendek
kata untuk membina perniagaan memerlukan masa yang banyak. Jika anda tidak
bersedia melakukannya jangan mengharap untuk mendapat kejayaan yang maksimum.
Anda juga
terpaksa mengetepikan dahulu komitmen
lain jika ingin berjaya. Walau bagaimana terdesaknya anda memerlukan wang,
tidak sepatutnya anda bekerja dengan orang lain ketika anda sedang membina
perniagaan ini. Selain daripada itu, masa yang ada adalah lebih baik diisikan
untuk belajar mengenai perkara yang melibatkan urusan perniagaan seperti kursus
jangka pendek mengenai perniagaan .
Umur
Umur
bukanlah faktor yang mustahak untuk memulakan perniagaan. Sebaiknya anda tidak
melengahkan umur dan masa bagi memulakan perniagaan kerana ia memerlukan banyak
tenaga, terutama dalam menangani permasalahan dan risiko awal perniagaan. Lebih cepat anda bermula, lebih cepat
kejayaan dapat dikecapi.
Kesihatan yang Baik
Kesihatan perniagaan anda adalah bergantung kepada
kesihatan fizikal dan mental anda. Jika anda menghadapi masalah kesihatan yang
serius, perniagaan ini bukanlah untuk anda kerana anda akan berhadapan dengan
berbagai-bagai-bagai tekanan yang akan menjejaskan kebolehan dalam membuat
keputusan yang bersangkutan dengan perniagaan ini.
Sokongan keluarga
Memulakan
perniagaan akan menukarkan rutin harian anda. Keluarga yang memahami dan
sentiasa menyokong setiap aktiviti anda akan membawa perniagaan ini ke puncak
kejayaan.
Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
ReplyDelete