Jika anda mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri di
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak anda harus mengetahui terlebih dahulu
ciri-ciri seorang usahawan. Sebagai pengusaha anda mesti mempunyai ciri-ciri
seorang usahawan. Jika ciri-ciri ini tiada pada anda , usah risau…ia boleh
dipelajari. Anda boleh menguasai dan mempraktikkannya dari semasa ke semasa.
Asalkan anda sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan bersedia mengambil
iktibar daripada pengalaman-pengalaman lalu dalam menjalankan sesuatu
perniagaan. Kursus-kursus boleh diikuti bagi melengkapkan pengetahuan dalam
bidang berkaitan. Selain itu , anda juga
harus memperkayakan bacaan, melayari internet dan bertanya kepada individu atau
institusi yang lebih arif.
Berikut adalah senarai keperibadian ideal bagi seorang usahawan:
- Sikap yang positif
Semaikan sikap yang positif walaupun anda mengalami pengalaman pahit
dalam sesuatu perkara. Anda mesti berusaha untuk menukarkan situasi pahit
tersebut sebagai pengalaman yang memberikan pengajaran. Sentiasa menggunakan
perkataan-perkataan yang baik dan bermakna yang dapat memberikan sokongan dan
membakar semangat bagi mencapai objektif, gol, atau dengan kata lain, matlamat
anda.
- Berani dan bersedia untuk menghadapi cabaran
Bersedia mengambil risiko dan tidak gentar kepada perubahan baru
yang akan anda hadapi.
- Tekun, bersemangat kental dan jitu
Anda akan meneruskan usaha walaupun terpaksa melalui saat-saat yang
sukar. Bina keazaman untuk meneruskan segala perancangan yang telah dibuat,
walau apa pun rintangannya. Itulah ketikanya seseorang yang lemah semangat
mengaku kalah dan give up. Untuk berjaya, anda mesti meneruskan usaha, walaupun
terpaksa merangkak! Tidak mengaku kalah, DON'T QUIT AND NEVER GIVE UP!!!
- Inovatif dan kreatif
Sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di sekelilingnya
dan berupaya membuat perubahan secara kreatif. Ketika orang lain di sekeliling
anda hanya melihat masalah dan peluang yang terhad, anda mesti dapat melihat
segala kemungkinan, segala peluang dan bersedia menempuh cabaran. Sentiasa
mencuba, tidak segan bertanya kepada seseorang sama ada pakar ataupun amaetur,
selalu melihat kepada cara yang lebih baik dan lebih cepat untuk melakukan
sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah.
- Fokus
Sepanjang masa bekerja dan berusaha untuk mencapai objektif anda
walaupun terpaksa menghadapi rintangan dan lain-lain perkara yang nampaknya
lebih menarik. Ikuti perancangan yang telah dibuat, hari demi hari, bulan demi
bulan dan tahun demi tahun sehingga kejayaan yang diidamkan menjadi kenyataan.
Sentiasa menggunakan masa sebaiknya dan tidak membiarkan ia berlalu sahaja
tanpa sesuatu yang bermanfaat.
- Dedikasi dan memberikan sepenuh komitmen
Memahami tujuan anda dan komited dalam melaksanakannya. Adalah sukar
untuk berjaya dalam perniagaan ini jika anda meletakkan sebelah kaki sahaja,
sebelah kaki dalam perniagaan dan sebelah lagi dalam perkara lain. Anda mesti
meletakkan target ke atas diri anda untuk memberikan prestasi yang sangat
tinggi bagi menjayakan perniagaan ini.
- Berfikiran terbuka
Dapat menerima kesilapan yang lepas di samping dapat menerima idea
orang lain jika ia lebih baik dari anda. Jika sesuatu perkara tidak berlaku
sebagaimana yang diharapkan, anda bersedia mengambil pelajaran daripadanya dan
bersedia memperbaiki dan melakukannya dengan lebih baik pada masa hadapan.
- Semangat bersaing ke arah kecemerlangan
Berhubung dan melayan pengusaha lain sebagai sahabat dan memperbaiki
kecemerlangan perkhidmatan anda tanpa menjatuhkan orang lain. Selidiki apakah
perkara baik daripada orang lain yang boleh anda pelajari dan laksanakan dalam
perniagaan atau kehidupan sehari-hari. Jangan membandingkan diri anda dengan
orang lain kerana ia tidak akan berakhir. Sentiasa ada orang yang lebih baik
daripada anda dan idea tersebut akan membentuk gambaran negatif ke dalam
pemikiran. Elakkan membuat perbandingan diri anda dengan orang lain tetapi
sentiasa membandingkan prestasi pencapaian pembangunan diri anda dari semasa ke
semasa. Bandingkan pencapaian anda pada bulan ini berbanding bulan lepas atau
tahun ini berbanding tahun lepas atau tahun ini berbanding tahun lepas, perbaiki
prestasi diri anda dan perniagaan anda, percayalah ia akan menjadi kenyataan
sebagaimana yang diidamkan, sooner or later…
- Mempunyai motivasi diri yang tinggi dan sentiasa bersyukur
Sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan tanpa sifat ego atau bangga
atas kejayaan yang dikecapi. Sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan menunjukkan
penghargaan kepada setiap individu yang memberi kerjasama di sepanjang
perjalanan ke arah mencapai kejayaan yang diharapkan.
- Optimis
Walaupun anda berasa pada masa sekarang, visi anda mesti melihat
pada masa hadapan. Dengan kata lain, melihat masa kini dan sentiasa mengambil
peluang untuk mengembangkan perniagaan dan memperbaiki kualiti program atau
perkhidmatan perniagaan anda.
- Bertanggungjawab dan mempunyai integriti yang tinggi
Anda bersedia menerima tanggungjawab, melaksanakannya sepenuh hati
dan dengan penuh integriti. Anda juga mesti sedia bertanggungjawab ke atas
setiap hasil daripada keputusan yang telah diambil atau dilaksanakan.
- Bijak berinteraksi dan pengawalan diri yang tinggi
Berkebolehan dan mempunyai pengetahuan mengenai cara berhubu8ng,
berinteraksi dengan setiap individu dan orang ramai amnya. Anda mesti mempunyai
pengawalan diri ( self control) yang tinggi dalam apa jua keadaan, kerana
daripada itu barulah orang lain akan lebih menghormati dan menghargai
kecemerlangan anda. Contohnya dalam satu situasi, walaupun anda seorang yang
berpendidikan atau berjawatan tinggi tetapi, jika suatu saat, anda tidak dapat
mengawal kemarahan dengan menjerit kepada seseorang kerana suatu perkara,maka
kredibiliti anda akan jatuh dan setiap individu yang melihat atau mengalami
situasi tersebut dalam diamnya akan hilang rasa hormat terhadap anda.
- Networking
Anda perlu menghargai persahabatan, perkenalan dan mengenali ramai orang di setiap lapisan masyarakat.
Persahabatan dengan individu daripada pelbagai jenis profesion akan membantu
networking anda, sama ada memberikan anda rujukan, mempercepatkan urusan anda,
atau saling tolong-menolong antara satu sama lain bagi menjayakan karier dan
matlamat masing-masing..
Life as if you were to die tomorrow, learn as if you
were to life forever..
( Mahatma Gandi)
No comments:
Post a Comment